Assalamualaikum....inilah cokocok turun temurun keluarga
Cik Nah.Resepi ini Cik Nah pelajari daripada Allahyarhamah
emak Cik Nah yang dah
meninggal dunia hampir 22 tahun...
Kalau dikira Cik Nah makan cokodok ikut resepi ni dah
setengah abad...Anak-anak dan suami suka cokodok ni...
Kepada yang suka makan kuih cokodok cubalah
cara resepi turun temurun keluarga Cik Nah ni...
tak rugi cuba...senang jer...
Selamat mencuba...
BAHAN-BAHANNYA:
8 biji pisang berangan (Cik Nah guna pisang ni sebab pisang ni
ada kat umah)
tepung gandum ikut bancuhan (Cik Nah guna sama banyak
dengan pisang yang dah dilecek)
1 sudu besar gula pasir (jangan banyak guna gula tak sedap)
secubit garam halus
CARA MEMBUATNYA:
1. Buangkan kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Taburkan gula dan garam di atas pisang dan lecek pisang
sehingga hancur semuanya
3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
gaul sebati. Agak-agaklah ye....macam kita buat jemput biasa
gak..(Cik Nah gaul dengan tangan sebab dapat merasakan
kepekatan adunan) Inilah rahsia masakan ibu tu sedap...gunakan
air tangan kita...InsyaAllah...(basuhlah tangan tu bersih-bersih ya)
4. Panaskan minyak guna api yang sederhana kecil. Bulatkan di tepi
mangkuk dan terus masukkan ke dalam kuali. Buat sehingga
penuh kuali tu...
5. Kemdian alihkan semuanya dan dengan sudip tekan secara
bulatan di atas cokodok tadi untuk membulatkan cokodok supaya
cantik..Alih-alihkan sehingga warna cokodok sekata dan berwarna
seperti dalam gambar. Jangan berhenti mengalih cokodok kerana
cara inilah yang menyedapkan lagi rasa cokodok tu...
6. Bila dah masak angkat dan letakkan di atas bekas yang dilapik
dengan kertas A4 supaya minyak yang ada menyerap.
*Adunan jangan kurang tepung nanti berminyak bila dah masak..
Kalau terlebih tepung hilang keenakan pisangnya..Jadi pandai-
pandailah ye...
No comments:
Post a Comment