Thursday 18 October 2012

Ban Kelapa






roti kesukaan Cik Nah sejak kecil...


BAHAN  (A):
500 gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
2 sudu teh yis mauripan
1/2 sudu teh bread improver ( di pasar mini pun ada jual)
1/2 sudu teh dough softener (jika suka roti lembut gebu)                            

BAHAN  (B)
250 ml air suam  (sukatan = 1/2 botol kecil air mineral)
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar butter/mentega
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar minyak masak(Cik Nah guna minyak zaitun)
1 biji telur gred B

*inti kelapa

CARA MEMBUATNYA:
1.  Campurkan bahan A ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
2.  Campurkan semua bahan B kecuali telur. Kacau
     hingga gula larut.
3.  Masukkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam
     bahan A.
5.  Kemudian masukkan air bancuhan B tadi dan uli untuk
     jadikan doh yang licin lembut.  Uli dalam 10 minit.
6.  Bulatkan doh dan tutup doh dengan kain basah. (Cik Nah
     guna tudung bawal yang ada jer). Tunggu doh naik 2 kali ganda (1 jam)
7.  Tumbuk doh buangkan anginnya..Uli semula dan bulatkan sebesar
     bola golf dan isikan *inti kelapa atau apa saja yang anda suka.
8.  Letakkan adunan tadi di atas loyang (tak perlu lenser loyang)
     Ulangi sehinngga habis.
9.  Bakar dalam oven 180 C selama 15 hingga 20 minit.
     Bila masak keluarkan dari oven dan sapu butter di atas roti
     supaya roti tidak kering dan sentiasa lembut...

     Selamat mencuba.......


CARA MEMBUAT INTI KELAPA:
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula merah (bancuh bersama 1 cawan air dan tapis)
1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
1 sudu besar tepung gamdum (bancuh dengan  3 sudu besar air)
2 helai daun pandan (koyak dan simpulkan)

CARA MEMBUATNYA:

1.  Campurkan semua bahan kecuali kelapa dan tepung gandum.
2.  Panaskan dalam kuali.  Bila mendidih masukkan kelapa.
3.  Bila nampak kelapa dah mask masukkan bancuhan  tepung       
     gandum tadu.  Teruskan mengacau sehingga kelapa nampak 
     seperti melekat dan berkilat..Angkat dan sejukkan.
    (Keluarkan daun pandan tadi).

No comments:

Post a Comment