Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

Roti Sosej

Assalamualakum....

     Cuti-cuti ni asyik lapar jer...nak ke kedai malas plak...
Perut ni tetap nak minta makan...Apa nak buat ni?

     Terpaksalah jengah kat dapur tu apa yang ada...
Ada lagi lebih rupanya tepung roti ni...hehehe...buat roti jer la...
Tapi nak buat roti apa?????

     Buka peti ais...haaaaa...ada sosej lagi... Buat roti sesej
pulak lah...Beginilah orang perempuan, semuanya kena fikir.

     Nak menguli roti ni kena tenaga jugak.   Badan ni tak
berapa bersemangat tapi anak-anak semua ada balik bercuti..
Kuatkan juga semangat tu untuk menguli roti...

     Inilah hasilnya...Dah beberapa hari, baru saya masukkan
dalam blog resepi roti sosej ni...nak kongsi bersama dengan anda
semua...

                                                    Roti Sesej

BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN A
500 gm tepung roti (tepung berprotin tinggi)
1 peket yis mauripan
2 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam (mumbung)
250 ml air suam
1 biji telur gred B
1 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh pelembut roti

BAHAN B UNTUK HIASAN:
1 cawan serbuk roti (bread crumb)
1 biji telur gred B
12 batang sosej
cili sos dan mayonis (jika suka)

CARA MEMBUATNYA:

1.   Campurkan tepung bersama yis, bread improver, pelembut
      roti, susu tepung dan gaul rata.  Masukkan telur yang telah
      dipukul ditengah adunan tepung gaulkan.
2.   Campurkan semua bahan A yang lain dan larutkan.
3.   Masukkan larutan tadi dan gaul tepung supaya menjadi doh
      yang lembutdan licin.
4.   Tutup doh dengan kain lembab selama 40 minit hingga 1 jam.
      Bila dah naik tumbuk doh buangkan anginnya.
5.   Agihkan doh kepada 12 bahagian dan canai.  Kemudian
      letakkan sosej di atasnya dan gulung.  Ulang hingga habis.
      Biarkan adunan selama 40 minit.
6.   Pukul telur dan gliskan di atas adunan yang telah naik.
      Kemudian golekkan adunan di atas serbuk roti.
7.   Letakkan di atas loyang yang di lenserkan marjerin.
8.   Bakar dalam oven 180 C selama 20 minit -hingga masak.


                                               dapurciknah.blogspot.com




   

Friday, 7 December 2012

Roti Wholemeal


Assalamualaikum.....


Dah lama tak makan roti wholemeal....buat roti wholemeal 
pulak untuk sarapan pagi...Cik Nah bakar roti bagi garing sikit,
sebab suami Cik Nah suka makan bahagian yang garing  tu...

     Cik Nah lebih suka buat roti sendiri...lagipun harga roti
laaa ni mahal...Kalau buat sendiri rasa lebih yakin bahan  apa
yang kita gunakan...

     Pada peringkat umur macam Cik Nah ni kena jaga jugaklah
penggunaan gula, garam dan lemak dalam setiap hidangan.
Setiap resepi yang Cik Nah buat akan Cik Nah kurangkan
sukatan gula kadang-kadang sampai separuh daripada 
sukatan asal...Suami Cik Nah pula tentang gula dia sensetif
sungguh.  

     Walaupun sukatan gula dan garamnya dikurangkan, ia
tidak menjejaskan rasa makanan tu...tapi apa yang membuatkan
Cik Nah rasa puas hati ialah rasanya akan lebih sedap lagi...

   Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam
senyuman...hehehehe....


BAHAN-BAHANNYA:

500 gm tepung wholemeal
250 ml air suam
2 sudu besar minyak jagung/minyak masak
4 sudu besar gula 
2 biji telur gred B
1 sudu besar mentega
2 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
4 sudu besar susu tepung (jika suka)
1 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh pelembut roti

CAiRA MEMBUATNYA:

1.  Campurkan tepung bersama yis, bread improver, pelembut roti 
     dan gaul hingga rata.  Ketepikan.
2.  Campurkan air suam, gula, garam, minyak jagung dan kacau 
     hingga larut.  Ketepikan.
3.  Pecahkan telur dan kacau supaya rata.
3.  Buatkan lubang di tengah adunan tepung dan curahkan telur di
     atasnya dan gaul rata.
4.  Kemudian, masukkan campuran air tadi ke dalam adunan dan gaul.
     Perlahan-lahan masukkan campuran air nanti lembik pulak 
     adunan.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
5.  Bila siap sapukan mentega dan uli lagi supaya rata.  Bulatkan
     dan biar sehingga 1 jam.  Tutup supaya udara dalam adunan      
     tidak keluar.
6   Kemudian tumbuk-tumbuk adunan supaya keluar udara di dalam
     adunan tersebut.
7.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Bentukkan sama ada  bulat
     atau bujur.  Letakkan di atas loyang yang telah disapu mentega.
     Biarkan selama 45 minit atau lebih.  Kemudaian dibakar dalam 
     oven 200 C selama 35 hingga 40 minit hingga masak.
     (suhu ikut oven masing-masing lah yer...)

      Selamat menguli roti....                                       

                                                           dapurciknah.blogspot.com

    

Sunday, 25 November 2012

Roti Arab Bakar



Cik Nah bakar sebab bila tak habis boleh simpan...




roti arab bakar ni sesuai untuk
mereka yang nak berdiet...
makan bersama sayur salad...
atau boleh juga makan
bersama coleslaw KFC...
.hehehe...







BAHAN-BAHANNYA:

250 gm tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
125 ml air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
secubit garam

CARA MEMBUATNYA:

1.. Ayak tepung bersama yis dan gaul hingga rata.
2.  Campurkan semua bahan lain dan dikacau supaya larut. Kemudian masukkan
     ke dalam tepung tadi dan uli.hingga doh menjadi licin dan lembut.
3.  Biarkan doh selama 1 jam dengan menutup permukaan mangkuk dengan
     kain yang dibasahkan. (Cik Nah guna tudung bawal yang dah tak pakai tuu)
4.  Uli semula doh dan bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
5.  Canai doh setebal 1/2 cm dan biarkan selama 45 minit atau lebih dan bakar
     dalam oven 180 C selama 10 hingga 15 minit.
6.  Bila masak angkat loyang dan lenser roti dengan mentega agar ia lembut.


Thursday, 18 October 2012

Ban Kelapa






roti kesukaan Cik Nah sejak kecil...


BAHAN  (A):
500 gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
2 sudu teh yis mauripan
1/2 sudu teh bread improver ( di pasar mini pun ada jual)
1/2 sudu teh dough softener (jika suka roti lembut gebu)                            

BAHAN  (B)
250 ml air suam  (sukatan = 1/2 botol kecil air mineral)
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar butter/mentega
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar minyak masak(Cik Nah guna minyak zaitun)
1 biji telur gred B

*inti kelapa

CARA MEMBUATNYA:
1.  Campurkan bahan A ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
2.  Campurkan semua bahan B kecuali telur. Kacau
     hingga gula larut.
3.  Masukkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam
     bahan A.
5.  Kemudian masukkan air bancuhan B tadi dan uli untuk
     jadikan doh yang licin lembut.  Uli dalam 10 minit.
6.  Bulatkan doh dan tutup doh dengan kain basah. (Cik Nah
     guna tudung bawal yang ada jer). Tunggu doh naik 2 kali ganda (1 jam)
7.  Tumbuk doh buangkan anginnya..Uli semula dan bulatkan sebesar
     bola golf dan isikan *inti kelapa atau apa saja yang anda suka.
8.  Letakkan adunan tadi di atas loyang (tak perlu lenser loyang)
     Ulangi sehinngga habis.
9.  Bakar dalam oven 180 C selama 15 hingga 20 minit.
     Bila masak keluarkan dari oven dan sapu butter di atas roti
     supaya roti tidak kering dan sentiasa lembut...

     Selamat mencuba.......


CARA MEMBUAT INTI KELAPA:
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula merah (bancuh bersama 1 cawan air dan tapis)
1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
1 sudu besar tepung gamdum (bancuh dengan  3 sudu besar air)
2 helai daun pandan (koyak dan simpulkan)

CARA MEMBUATNYA:

1.  Campurkan semua bahan kecuali kelapa dan tepung gandum.
2.  Panaskan dalam kuali.  Bila mendidih masukkan kelapa.
3.  Bila nampak kelapa dah mask masukkan bancuhan  tepung       
     gandum tadu.  Teruskan mengacau sehingga kelapa nampak 
     seperti melekat dan berkilat..Angkat dan sejukkan.
    (Keluarkan daun pandan tadi).

Sunday, 16 September 2012

Roti Arab Goreng

      
............pagi ni Cik Nah buat roti arab goreng 
sebab ada baki kari semalam.......


BAHAN-BAHANNYA:

2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)
1 sudu teh yis mauripan 
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
125 ml air suam (1/4 botol kecil air mineral)
secubit garam (jika suka)

CARA MEMBUATNYA:

1.  Ayak tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.
2.  Satukan semua bahan lain ke dalam air suam dan larutkannya.
3.  Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi doh
     yang lembut dan licin.
4.  Tutup mangkuk adunan dengan kain yang dibasahkan selama 1 jam.
     (Cik Nah guna kain tudung bawal yang dah tak dipakai tuu)
5.  Kemudian uli semula doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.
6.  Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang 
     sederhana panas.  Bila sudah kembung baru dialihkan ke bahagian
     belakangnya. 
7.  Goreng sebiji sebiji sehingga habis.
8.  Hidangkanya dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang..
     Semuanya sedapppp....Dengan sambal belacan pun sedap...

     * Pastikan api tidak terlalu kuat takut nanti bahagian dalamnya tidak masak
       pula, kerana warnanya cepat perang...