Assalamualaikum.....
Dah lama tak makan roti wholemeal....buat roti wholemeal
pulak untuk sarapan pagi...Cik Nah bakar roti bagi garing sikit,
sebab suami Cik Nah suka makan bahagian yang garing tu...
Cik Nah lebih suka buat roti sendiri...lagipun harga roti
laaa ni mahal...Kalau buat sendiri rasa lebih yakin bahan apa
yang kita gunakan...
Pada peringkat umur macam Cik Nah ni kena jaga jugaklah
penggunaan gula, garam dan lemak dalam setiap hidangan.
Setiap resepi yang Cik Nah buat akan Cik Nah kurangkan
sukatan gula kadang-kadang sampai separuh daripada
sukatan asal...Suami Cik Nah pula tentang gula dia sensetif
sungguh.
Walaupun sukatan gula dan garamnya dikurangkan, ia
tidak menjejaskan rasa makanan tu...tapi apa yang membuatkan
Cik Nah rasa puas hati ialah rasanya akan lebih sedap lagi...
Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam
senyuman...hehehehe....
BAHAN-BAHANNYA:
500 gm tepung wholemeal
250 ml air suam
2 sudu besar minyak jagung/minyak masak
4 sudu besar gula
2 biji telur gred B
1 sudu besar mentega
2 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
4 sudu besar susu tepung (jika suka)
1 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh pelembut roti
CAiRA MEMBUATNYA:
1. Campurkan tepung bersama yis, bread improver, pelembut roti
dan gaul hingga rata. Ketepikan.
2. Campurkan air suam, gula, garam, minyak jagung dan kacau
hingga larut. Ketepikan.
3. Pecahkan telur dan kacau supaya rata.
3. Buatkan lubang di tengah adunan tepung dan curahkan telur di
atasnya dan gaul rata.
4. Kemudian, masukkan campuran air tadi ke dalam adunan dan gaul.
Perlahan-lahan masukkan campuran air nanti lembik pulak
adunan. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Bila siap sapukan mentega dan uli lagi supaya rata. Bulatkan
dan biar sehingga 1 jam. Tutup supaya udara dalam adunan
tidak keluar.
6 Kemudian tumbuk-tumbuk adunan supaya keluar udara di dalam
adunan tersebut.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bentukkan sama ada bulat
atau bujur. Letakkan di atas loyang yang telah disapu mentega.
Biarkan selama 45 minit atau lebih. Kemudaian dibakar dalam
oven 200 C selama 35 hingga 40 minit hingga masak.
(suhu ikut oven masing-masing lah yer...)
Selamat menguli roti....
dapurciknah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment