COKLAT SUSU BADAM
BAHAN-BAHANNYA:
400 gm coklat susu COLATTA
50 gm coklat putih COLATTA
badam secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
Sama seperti coklat badam di bawah
yummy....baik untuk otak dan jantung
BAHAN-BAHANNYA:
500 gm coklat masakan (Cik Nah guna coklat Mak Nona)
1/2 cawan susu tepung (saya guna susu yang ada kat rumah NESPRAY)
1 sudu besar minyak jagung@minyak zaitun (untuk mengilatkan coklat jika suka))
badam secukupnya
Acuan coklat (boleh beli di kedai)@boleh guna mangkuk kertas macam buat almond london tu...
CARA MEMBUATNYA:
1. Badam hendaklah dipanggang terlebih dahulu dan sejukkan.
2. Patah-patahkan coklat bar tadi menjadi kepingan kecil supaya mudah cair.
3. Panaskan air dalam periuk (Teknik double boil).
Bila mendidih angkat dan letakkan mangkuk coklat tadi atas periuk tadi.
Mangkuk mestilah lebih besar daripada permukaan periuk, kalau tak
terjatuh pula coklat tu ke dalam air panas tu...
4. Pastikan tiada air atau wap masuk ke dalam mangkuk coklat tadi kerana ini akan
membuatkan coklat nanti tidak cantik teksturnya...
5. Apabila coklat cair semuanya, masukkan susu tepung tadi dan kacau dengan cepat
supaya susu tadi tidak bergentel. Kemudian masukkan minyak kacau lagi.
6. Masukkan coklat dalam acuan kemudian letakkan badam tadi di atas nya.
(Cik Nah guna 2 biji badam)
Tekan badam supaya tenggelam. Buat sampai habis.
*Hentak bekas coklat tadi perlahan-perlahan beberapa kali supaya coklat mampat.
7. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 5 hingga 10 minit . Keluarkan dan
boleh lah simpan dalam bekas kedap udara.
8. Jika guna acuan kertas, celupkan badam dalam adunan coklat tadi dan letakkan
dalam acuan kertas lebih kurang 3 atau 4 biji satu bekas. Kemudian masukkan
dalam peti sejuk selama 5 minit kemudian keluarkan dan simpan dalam bekas kedap
udara.
dapurciknah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment