mula-mula berangan nak beli
biskut bijan jer...
tapi bila suamiku beli biskut
ladyfingers,terus bersemangat
nak buat....tambah-tambah
pulak anak sulung msj nak balik
...apa lagi tengok dalam freeze
semua bahan ada...mulalah
operasi TIRAMISU....
BAHAN-BAHANNYA:
2 peket kecil biskut ladyfingers (sebungkus ada 4 peket)
250 gm cheese cream (pastikan ada logo halal)
1 cawan whipping cream (non dairy)
sedikit serbuk koko atau coklat
2 cawan air suam untuk bancuhan kopi tanpa gula yang kaw!!! (Cik Nah guna
1 1/2 sudu teh kopi Habbatus Sauda)
sedikit gula icing (jika suka)
biskut ladyfingers
peket kecil bila dibuka...
CARA MEMBUATNYA:
1. Keluarkan cheese cream dari freeze supaya ia lembut.
2. Putarkan whipping cream bersama cheese cream dengan kelajuan perlahan.
Kemudian baru guna kelajuan tinggi.sampai kembang.
3. Tuangkan air kopi suam ke dalam piring sebanyak 1 cm. Celupkan biskut
pada bahagian gula selama 3 saat dan alihkan bahagian belakangnya dengan
cara yang sama.
4. Angkat dan susun dalam mangkuk yang berbentuk segi empat.(Cik Nah
guna tupperware jer...) Susun sehingga habis 1 lapisan.
5. Lapiskan di atasnya dengan cream tadi hingga rata. Kemudian ayak
serbuk koko di atasnya.
6. Ulang langkah celup biskut seperti tadi, lapiskan cream di atasnya dan
taburkan serbuk koko. (Cik Nah buat 2 lapis sahaja..takmau buat 3 lapis
tinggi sangat tak cantik...Jadi, agak-agak lah yer....
7.. Dah siap simpan dalam peti ais semalaman...
8. Bila dah sejuk betul baru dipotong...sedapppp....!
*Jika suka ayakkan gula icing tadi di atas tiramisu yang telah dipotong tadi...
No comments:
Post a Comment