Showing posts with label KUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

Pau Ikan Tuna


Assalamualaikum....
     Lamanya Cik Nah takbuka blog ni.   Balik kerja terus buat kerja
rumah pulak.   Bila malam letih sangat.

    Hujung minggu baru boleh buka blog.   Cik Nah buat kuih pau ikan
tuna subuh tadi untuk sarapan pagi.   Anak-anak cuti pertengahan semester
jadi semua ada kat rumah.   Rajinlah pulak geledah kat dapur nak masak.


     Pau ikan tuna ni Cik Nah buat sebab ikan tuna dah ada kat rumah.
Nak buat inti yang berlainan pulak.  Asyik-asyik inti kelapa dan kaya, 
kelapa dan kaya.

     Selamat mencuba ya sebab tak pedas....

RESEPI PAU IKAN TUNA

Resepi asal pau: Chef Hanieliza
Inti ikan tuna: Olahan Cik Nah sendiri

BAHAN-BAHAN UNTUK PAU:
500 gm tepung pau (kalau tepung gandum 300 gm)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula pasir (Cik Nah kisar jadikan halus)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan minyak masak (Cik Nah guna minyak jagung)
1  cawan air suam (ikut tepung)

CARA MEMBUATNYA:
1.   Gaul rata semua bahan kecuali air suam.
2.   Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut.
3.   Uli sehingga licin dan tidak melekat pada tangan.
4.   Tutupkan dengan kain basah atau penutup apa pun boleh asal
      jangan terdedah.  Biarkan doh naik dua kali ganda.
5.   Kemudian tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin di dalamnya.
6.   Bahagikan adunan kepada ketulan kecil sebesar bola pingpong.
7.   Canaikan dan masukkan inti ke dalamnya dan tutupkan.
8.   Lapikkan adunan dengan kertas atau daun pisang.  Biarkan
      adunan naik lagi baru dikukus selama 10 minit.
9.   Buka tudung perlahan-lahan supaya wap tidak jatuh di atas
      permukaan pau.  Siap untuk dihidangkan.


BAHAN INTI IKAN TUNA:
1 tin ikan tuna Al Ahlam (buangkan minyaknya)
1 sudu makan mayonis
2 sudu makan cili sos
2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh origano
1/2 sudu teh basil
sedikit garam
1 cawan sayur campur
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)

CARA MEMBUATNYA:
1.   Lecek ikan tuna supaya hancur dan sebati.
2.   Gaulkan semua bahan supaya sebati.
      Siap digunakan untuk inti, tak perlu masak. 

                                                     dapurciknah.blogspot.com

Thursday, 22 November 2012

Bubur Asyura











teringin nak makan
bubur asyura...










BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum 
4 hingga 5 cawan air (untuk bancuh tepung)
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis  (Cik Nah guna 1/2 cawan gula saja)
3/4 cawan gula merah untuk mewarnakannya (bancuh dengan air dan tapis)
1 cawan jagung (Cik Nah beli jagung manis isi dalam tin)
1/2 cawan kacang hijau direbus
1 biji keledek dipotong dadu dan direbus
1 biji pisang raja dipotong kecil
dan lain-lain bahan yang anda suka
2 helai daun pandan (carik dan simpulkan)

***Bahan yang Cik Nah tambah (jika suka)
2 batang serai
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
(semua bahan *** ditumbuk dan dicampur dengan air gula merah kemudian tapis)

CARA MEMBUATNYA:

1.  Campurkan tepung gandum dan tepung beras dan bancuh dengan air.
2.  Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
3.  Kemudian, masukkan gula, gula merah, daun pandan dan santan. Kacau lagi.
4.  Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
5.  Setelah agak pekat, masukkan semua bahan tadi. Gaulkan sehingga rata.
6.  Kacau sampai likat baru masukkan ke dalam bekas atau loyang.

    Selamat mencuba...

Tuesday, 9 October 2012

Kuih Cokodok


  

Assalamualaikum....inilah cokocok turun temurun keluarga 
Cik Nah.Resepi ini Cik Nah pelajari daripada Allahyarhamah 
emak Cik Nah yang dah 
meninggal dunia hampir 22 tahun...

Kalau dikira Cik Nah makan cokodok ikut resepi ni dah 
setengah abad...Anak-anak dan suami suka cokodok ni...

Kepada yang suka makan kuih cokodok cubalah 
cara resepi turun temurun keluarga Cik Nah ni...
tak rugi cuba...senang jer...
Selamat mencuba...


BAHAN-BAHANNYA:

8 biji pisang berangan (Cik Nah guna pisang ni sebab pisang ni 
ada kat umah) 
tepung gandum ikut bancuhan (Cik Nah guna sama banyak 
dengan pisang yang dah dilecek)
1 sudu besar gula pasir  (jangan banyak guna gula tak sedap)
secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA:

1.  Buangkan kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk.
2.  Taburkan gula dan garam di atas pisang dan lecek pisang 
     sehingga hancur semuanya 
3.  Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit  
     gaul sebati. Agak-agaklah ye....macam kita buat jemput biasa
     gak..(Cik Nah gaul dengan tangan sebab dapat  merasakan 
     kepekatan adunan) Inilah rahsia masakan ibu tu sedap...gunakan 
     air tangan kita...InsyaAllah...(basuhlah tangan tu bersih-bersih ya)
4.  Panaskan minyak guna api yang sederhana kecil.  Bulatkan di tepi
     mangkuk dan terus masukkan ke dalam kuali. Buat sehingga 
     penuh kuali tu...
5.  Kemdian alihkan semuanya dan dengan sudip tekan secara 
     bulatan di atas cokodok tadi untuk membulatkan cokodok supaya 
     cantik..Alih-alihkan sehingga warna cokodok sekata dan berwarna 
     seperti dalam gambar.  Jangan berhenti mengalih cokodok kerana 
     cara inilah yang menyedapkan lagi rasa cokodok tu...
6.  Bila dah masak angkat dan letakkan di atas bekas yang dilapik 
     dengan kertas A4 supaya minyak yang ada menyerap.

     *Adunan jangan kurang tepung nanti berminyak bila dah masak..
     Kalau terlebih tepung hilang keenakan pisangnya..Jadi pandai-
     pandailah ye...