Tips di Dapur

30 Oktober 2012

Dapur merupakan lambang peribadi penghuninya

DAPUR BUKAN STOR


Jangan jadikan dapur seperti stor di rumah kita.  

Sebaik-baiknya di sinilah tempat yang perlu
 diutamakan kebersihan dan keselesaannya.  Kepada 
yang mempunyai kreativi, di dapur juga boleh dihias 
indah untuk menambahkan lagi keceriaan dapur.  
Keadaan ini juga boleh menarik seseorang itu untuk 
minat ke dapur (memasak).


RAHSIA SEDAPNYA MASAKAN IBU


Air tangan seorang ibu yang menyediakan makanan

untuk ahli keluarganya jauh lebih cantik kilauannya
daripada air tangan seorang bapa.


SEBELUM TIDUR


Sebelum tidur pastikan keadaan dapur kita telah dibersihkan terlebih dahulu.  
Apabila kita bangun pagi, tidaklah kita berada dalam keadaan kelam kabut untuk 

melakukan kerja kita.  Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerjaya.  Ini berdasarkan pengalaman Cik Nah sendiri.


KETIKA MENGGORENG


Bila menggoreng ikan, minyak akan terpercik keluar. 

Ini akan menyebabkan permukaan dapur dan lantai 
terkena minyak tadi.  Caranya ialah, tutup kuali
ketika menggoreng.  Dengan menutup kuali ketika menggoreng bukan sahaja dapur dan lantai kita bersih, malahan masakan kita juga rasa sedap.


KETIKA MEMBASUH BERAS


Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak,

kita mengharapkan yang terbaik untuk suami dan
anak-anak kita.

     Bacalah Bismillahirrahmanirrahim ketika men-

cedok beras, dan bersalawatlah bila membasuh
beras tersebut. Setelah beras bersih, ketika
menyukat air berdoalah agar mendapat keberkatan
daripada Allah. 

No comments:

Post a Comment