Assalamualaikum,,,,,
Kali ni Cik Nah nak beri resepi kek chiffon oren yang menjdi
kegemaran Cik Nah dan keluarga ni...Dah lama Cik Nah nak
masukkan resepi ni dalam blog ni tapi takde gambar....
Haaa....baru-baru ni Cik Nah buat kek chiffon oren, terus jer
snap gambar....tapi lambat sikit nak masukkan dalam blog sebab
banyak kerja nak dibuat.....
Kepada sesiapa yang suka makan kek chiffon oren, cubalah
resepi kek chiffon oren ni...tak susah nak buatnya...yang penting
pemilihan bahan yang segar dan teknik yang betul pasti menjadi
kek tu...
***Nanti Cik Nah akan masukkan tips untuk mendapatkan
hasil kek yang memuaskan dalam blog ni....tunggulah yer....
KEK CHIFFON OREN
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum (Cik Nah guna cap sauh)
1/8 camca teh garam halus (diayak dengan tepung)
1 camca teh baking powder (diayak dengan tepung)
6 biji kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren (2 biji oren @nak kurang pun boleh)
1/4 cawan minyak jagung
sedikit pewarna oren (jika suka)
1 sudu besar oren sunquick (jika suka)
Bahan B
6 biji putih telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan oven 180 C.
2. Dalam satu bekas pukul kuning telur dan gula sampai larut.
Kemudian, masukkan semua bahan A dan kacau hingga
sebati. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur
hingga berbuih, kemudian masukkan gula dan cream of
tartar. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan kental.
4. Ambil setengah bahagian putih telur dan gaulkan dengan
adunan kuning telur tadi. Gaul perlahan dengan menggunakan
senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan sebahagian
putih telur tadi dan kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 10 inci.
*Jangan lenser loyang dengan mentega atau minyak.
6. Bakar selama 1 jam.
7. Bila masak telangkupkan loyang dan biar kek jatuh sendiri.
Bila sejuk baru dipotong......
Selamat mencuba......
dapurciknah.blogspot.com
TQVM for the recipe..saya dah cuba & menjadi..! Hal;alkan saya share resepi dgn kengkawan yer..
ReplyDeleteGuna apu atas bawah ke cik.nah?
ReplyDeleteHello Cik Nah, boleh bagi Resipi Kek oren tu dlm gram ?
ReplyDeleteTerima kasih resepi... saya dah cuba & jadi.. happy...
ReplyDeleteSaya takder loyang yg bulat tengah tu. Kalau guna loyang kek biasa boleh tak? Pembakaran sama ker?
ReplyDeleteKalau tk guna cream of tartar aoa efect kek tu?
ReplyDelete