Dapur Klinik Kecil Kita

10 September 2012

Jadikan dapur kita sebagai klinik kecil kita.


LADA HITAM   (menguatkan jantung)

Lada hitam digunakan untuk bahan dalam masakan terutamanya masakan berempah.  Tahukah anda lada hitam sangat baik untuk jantung.. Seorang wanita yang berada dalam pantang kerana melahirkan anak baik
memakan lada hitam yang ditumbuk 
sebagai menggantikan cili.  Ia dapat melancarkan perjalanan darah...

*Cik Nah dapat maklumat ini daripada ibu 
dan ibu mertua Cik Nah yang merupakan 
bidan kampung...Maklumat ini juga Cik Nah dapat dari Kak Hajah yang membuka Klinik Homopati bersama suaminya seorang doktor yang terkenal di Ipoh.


KUNYIT HIDUP  (kuatkan tenaga 
orang yang sakit teruk)

Kunyit hidup mengandungi anti septik 
yang tinggi.  Khasiatnya sangat banyak.
Penggunaannya lebih tertumpu kepada masakan.  Tetapi kita tidak tahu bahawa perahan air kunyit hidup sebanyak sebesar 
ibu jari dan dicampurkan dengan telur
separuh masak dapat menguatkan tenaga pesakit yang lemah.


JINTAN  (buang angin)

Jintan manis dan jintan putih memang 
menjadi bahan utama dimasukkan ke dalam pelbagai resepi masakan.
  
     Sekiranya kita mengalami kembung 
perut, jintan manis dan jintan putih ini hendaklah dicampurkan ke dalam masakan sayur yang kita goreng sebanyak secubit 
sahaja.


BAWANG MERAH  (hilangkan loya dan pening)

Bawang merah hendaklah dibelah dua.  Kemudian, garu-garukan bahagian dalamnya
sebelum dihidu.  Ia boleh meredakan rasa pening dan loya hendak muntah.


DAUN PUDINA  ( menghilang rasa letih)

Ambil 6 helai daun pudina, bersihkan dan kunyah perlahan-lahan dapat menghilang
kan rasa letih dan tidak bermaya.  Adalah 
lebih baik jadikan daun pudina tersebut 
dibuat ulam makan bersama dengan nasi.


TIMUN  (boleh melebatkan rambut)

Jadikan timun sebagai salad ketika makan. 

Ia juga boleh menurunkan tekanan darah 
tinggi.

No comments:

Post a Comment