Resepi Mak dan Mak Mentua
Assalamualaikum....
Cik Nah nak kongsikan bersama dengan sesiapa saja yang suka
masakan gulai ikan masak lemak kuning ni...
Cik Nah cukup gemar dengan masakan gulai kuning ni.. Kalau
makan Cik Nah mesti akan bubuh banyak kuah dalam nasi.
Banjir dalam pinggan Cik Nah...Bila makan bersama keluarga
semuanya berebut-rebut nak tambah kuah....hirup kuahnya....
Resepi ni hanya mak dan mak mentua Cik Nah jer yang buat.
Kalau Cik Nah makan masakan di kedai atau pergi ke rumah
saudara mara yang lain, tak sama dengan resepi yang mak dan mak
mentua Cik Nah punya ni...
Apa yang istimewanya resepi ni?????
Hanya Cik Nah jer yang tau....Tapi Cik Nah nak kongsikan
bersama dengan anda semua. Cubalah resepi orang tua Cik Nah
ni.
InsyaAllah, mudah-mudahan ianya akan memberi manfaat
kepada anda nanti....Selamat mencuba...
MASAK LEMAK IKAN MERAH
BAHAN-BAHANNYA:
2 potong ikan merah (ikan apa pun boleh)
cili padi ikut pedas
1 cawan santan pekat
santan cair (agak-agak boleh meliputi semua bahan dalam periuk)
2 ulas bawang merah (jangan lebih tak sedap)
3 batang serai (potong dua dan diketuk keseluruhannya)
1 helai daun kunyit dihiris halus (jika suka)
sedikit serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
garam ikut rasa
2 keping asam gelugur@asam keping
6 biji kacang bendi (potong hujung dan tangkai saja)
1 biji tomato (dibelah 4)
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihakan ikan dengan air bercampur tepung gandum.
Kemudian, masukkan dalam periuk.
2. Tumbuk cili padi bersama sedikit garam sehingga lumat,
kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk bawang
hingga pecah sahaja baru masukkan serai untuk diketuk.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, asam gelugur,
santan cair dan serbuk kunyit (hati-hati jangan terlebih pulak
nanti pedar rasanya).
4. Masakkan ikan tadi sehingga mendidih baru masukkan kacang
bendi. Rasakan garam dan masamnya. Biarkan beberapa
minit sehingga kacang bendi lembut.
5. Bila dah lembut baru masukkan santan pekat, daun kunyit
dan buah tomato.
6. Tunggu santan mula mendidih kembali dalam beberpa saat
dan terus tutupkan api.
*Jangan biarkan periuk di atas dapur. Angkat periuk dan
alihkan ke tempat lain. (Untuk mengelakkan santan pecah
atau bergentel-gentel)
Selamat mencuba
dapurciknah.blogspot.com
Salam...sy dah try resepi akak, mmg sedap. Suami pun puji gtau mcm mkn kat kedai.. tq akak
ReplyDeleteSaya baru nk cuba ptg ni...cm best jer..♥
ReplyDeletebawang merah 2 ulas tu camne? kalau biji senang kira. :)
ReplyDeleteSedap.... terima kasih ats perkongsian resepi
ReplyDelete