Makan tengahari sebelum suami pergi ke masjid untuk solat Jumaat...
Dah lama tak buat ikan bakar macam ni...
hari ini resepi ikan bakar wap
Resepi ni Cik Nah reka masa zaman anak dara dulu...hehehe...
Resepi ni mudah, sedap, wangi dan menyelerakan...
Kalau nakkan kelainan cubalah resepi Cik Nah ni...
BAHAN-BAHANNYA:
2 ekor ikan cencaru sederhana besar (ikan lain pun boleh)
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
3 keping asam gelugur @ asam keping (dibersihkan dan dihiris nipis)
10 tangkai cili padi (boleh tumbuk atau hiris)
sedikit garam halus
sedikit kunyit
aluminium foil @ daun pisang untuk membungkus ikan
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan ikan dan belah bahagian belakang ikan. Rendam ikan
dalam air tepung supaya hilang hanyir ikan.
2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit seperti biasa sehingga
bahagian dalam ikan.
3. Campurkan semua bahan yang dihiris. Kemudian campurkan
secubit garam ke dalam bahan hirisan tadi.
4. Sumbatkan bahan2 hirisan ke dalam ikan hingga padat. Jika ada
lebihan letakkan saja diluarnya.
4. Bungkus ikan dalam aluminium foil dan simpul bahagian hujung-
nya supaya wap tidak keluar.
5. Bakar selama 1/2 jam atau hingga masak dengan api sederhana.
(Bakar atas kuali leper, alihkan kedua2 bahagian ikan)
6. Bila dah masak, angkat dan potong hujung bungkusan untuk
memudahkan membukanya. Bolehlah dihidangkan.
* Jangan guna api besar kerana ikan masak secara mengejut.
No comments:
Post a Comment