Cik Nah bakar sebab bila tak habis boleh simpan...
roti arab bakar ni sesuai untuk
mereka yang nak berdiet...
makan bersama sayur salad...
atau boleh juga makan
bersama coleslaw KFC...
.hehehe...
BAHAN-BAHANNYA:
250 gm tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
125 ml air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
secubit garam
CARA MEMBUATNYA:
1.. Ayak tepung bersama yis dan gaul hingga rata.
2. Campurkan semua bahan lain dan dikacau supaya larut. Kemudian masukkan
ke dalam tepung tadi dan uli.hingga doh menjadi licin dan lembut.
3. Biarkan doh selama 1 jam dengan menutup permukaan mangkuk dengan
kain yang dibasahkan. (Cik Nah guna tudung bawal yang dah tak pakai tuu)
4. Uli semula doh dan bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
5. Canai doh setebal 1/2 cm dan biarkan selama 45 minit atau lebih dan bakar
dalam oven 180 C selama 10 hingga 15 minit.
6. Bila masak angkat loyang dan lenser roti dengan mentega agar ia lembut.
No comments:
Post a Comment