Assalamualaikum.....
Cik Nah buat kek chiffon lagi...tapi kali ini versi TESCO pulak...
Resepi ni rasa sedap sebab tak berminyak...lembut dan sangat gebu...
Kek chiffon memanglah kegemaran Cik Nah dan keluarga...
Kalau pergi ke TESCO mesti beli kek chiffon oren... Mana tahan
asyik beli jer...kali ni cuba pulak la versi TESCO ni masuk dapur
Cik Nah...Ni lah hasilnya...
RESEPI KEK CHIFFON OREN VERSI TESCO
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
5 biji kuning telur
75 gm gula kastor (Cik Nah guna 50 gm jer)
150 gm tepung naik sendiri
150 ml jus oren (Cik Nah guna sunquick 100 ml sahaja)
5 sudu teh minyak jagung
Bahan B
5 biji putih telur
1/2 sudu teh krim of tartar
75 gm gula kastor (Cik Nah guna 50 gm sahaja)
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan oven 150 C.
1. Campur semua bahan A dan kacau perlahan dengan sikat
kecil.(yang baru beli tau) sehingga sebati dan ketepikan.
2. Putar telur putih bersama dengan krim of tartar dengan cepat
kemudian masukkan gula dan terus putar lagi hingga adunan
menjadi pekat dan bertanduk.
3. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan kuning
telur telur dan kacau dengan sikat kecil tadi dengan perlahan.
4. Habiskan lebihan dan adunan tadi dan kacau lagi. Jangan
terlebih kacau.
5. Tuangkan ke dalam loyang chiffon dan terus bakar dalam
api 150 C selama 30 minit. Kemudian naik suhu ke 180 C
sehingga kekuningan.
6. Bila masak keluarkan dari oven dan terus terbalikkan
loyang dan biarkan kek jatuh dengan sendiri.
dapurciknah.blogspot.com
Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts
Monday, 11 February 2013
Wednesday, 9 January 2013
Kek Buah Campuran
Assalamualaikum semua.....
Dah lama tak buka blog Cik Nah ni...Awal tahun ni memang sibuk
sebab dah mula persekolahan sesi 2013..Sebagai seorang guru
Cik Nah kena siapkan tugas utama dulu.
Cik Nah dah lama buat kek buah ni tapi tak sempat nak masukkan
dalam blog. Kek ni Cik Nah cari dalam internet, tapi Cik Nah suka
ubahsuai sukatannya sesuai dengan orang dah berumur macam
Cik Nah ni tak boleh makan manis-manis sangat.
Cubalah resepi ni kepada sesiapa yang tak suka manis-manis.
Kalau dah cuba pasti nak buat ;lagi. Sedapppp...ni pada selera
Cik Nah laa.
RESEPI KEK BUAH CAMPURAN
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
2 cawan tepung gandum (cap sauh)
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung 2 hingga 3 kali)
Bahan B
250 gm buah campuran
3/4 cawan gula perang
1 cawan air
sedikit gula merah warna hitam (warna kek jadi cantik)
1/2 cawan minyak mazola
Bahan C
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA:
1. Campur semua bahan B kecuali minyak ke dalam periuk dan
masak sehingga tinggal sedikit air. Kemudian, masukkan minyak
mazola. Masak lagi hingga hampir kering, kemudian sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan esen vanila.
3. Masukkan sedikit telur ke dalam campuran buah tadi dan kacau
perlahan. Ulang lagi sehingga habis.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit secara kaup
balik dan jangan terlebih kacau sekadar rata sahaja.
4. Masukkan ke dalam loyang 4 x 8 inci (2 loyang) atau 8 x 8 inci yang telah
dilenserkan mentega.
5....Bakar dalam oven 180 C atau ikut oven masing-masing selama
40 minit atau hingga masak.
Selamat mencuba........
dapurciknah.blogspot.com
Tuesday, 8 January 2013
Banana Cake Almond Chocolate
Assalamualaikum.....
Haaa...petang tadi Cik Nah buat kek pisang campur coklat,
badam, dan chocolat rice.
Makan masa panas-panas rangup rasa badam membuatkan
nak makan lagi. Kalau buat kek pisang ni, Cik Nah suka
guna pisang rastali daripada pisang lain.
Kali ni Cik Nah buat cara mudah untuk mengadunnya.
Sesuai bagi mereka yang bekerjaya.
Kepada yang suka cubalah cara Cik Nah ni...
Selamat mencuba ya...
RESEPI BANANA CAKE ALMOND CHOCOLATE
BAHAN-BAHANNYA:
1 4/5 cawan tepung gandum ( tepung cap sauh)
1/5 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(ayak bersama semua bahan di atas 2 hingga 3 kali)
5 biji pisang rastali (sederhana besar)
4 biji telur gred B
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen pisang
1/2 sudu teh garam halus
sedikit badam cincang untuk hiasan
sedikit chocolate rice (jika suka)
CARA MEMBUATNYA:
1. Lecek pisang, gula dan garam hingga halus. Kemudian
panaskan oven 180 C atau ikut oven masing-masing.
Lenserkan loyang 8 x 8 inci atau 4 x 8 inci (guna 2 bekas)
2. Kemudian putar adunan pisang dengan kelajuan tinggi.
3. Masukkan telur sebiji dan putar perlahan 1 minit.
Masukkan telur sebiji lagi dan putar perlahan dan buat
sehingga habis. Akhir sekali putar telur dengan kelajuan
tinggi selama 7 hingga 8 minit.
4. Kemudian masukkan esen pisang dan esen vanila, putar
perlahan hingga rata.
5. Masukkan pula minyak dan susu segar, putar lagi dengan
kelajuan rendah.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan
dengan spatula atau senduk kayu. Buat sekadar sebati
sahaja. Akhir sekali masukkan coklat rice dan kacau
rata sahaja.
7. Masukkan dalam loyang yang telah dilenserkan dan tabur
badam cincang di atasnya.
8. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
dapurciknah.blogspot.com
Thursday, 20 December 2012
Kek Chiffon Oren
Assalamualaikum,,,,,
Kali ni Cik Nah nak beri resepi kek chiffon oren yang menjdi
kegemaran Cik Nah dan keluarga ni...Dah lama Cik Nah nak
masukkan resepi ni dalam blog ni tapi takde gambar....
Haaa....baru-baru ni Cik Nah buat kek chiffon oren, terus jer
snap gambar....tapi lambat sikit nak masukkan dalam blog sebab
banyak kerja nak dibuat.....
Kepada sesiapa yang suka makan kek chiffon oren, cubalah
resepi kek chiffon oren ni...tak susah nak buatnya...yang penting
pemilihan bahan yang segar dan teknik yang betul pasti menjadi
kek tu...
***Nanti Cik Nah akan masukkan tips untuk mendapatkan
hasil kek yang memuaskan dalam blog ni....tunggulah yer....
KEK CHIFFON OREN
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum (Cik Nah guna cap sauh)
1/8 camca teh garam halus (diayak dengan tepung)
1 camca teh baking powder (diayak dengan tepung)
6 biji kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren (2 biji oren @nak kurang pun boleh)
1/4 cawan minyak jagung
sedikit pewarna oren (jika suka)
1 sudu besar oren sunquick (jika suka)
Bahan B
6 biji putih telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan oven 180 C.
2. Dalam satu bekas pukul kuning telur dan gula sampai larut.
Kemudian, masukkan semua bahan A dan kacau hingga
sebati. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur
hingga berbuih, kemudian masukkan gula dan cream of
tartar. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan kental.
4. Ambil setengah bahagian putih telur dan gaulkan dengan
adunan kuning telur tadi. Gaul perlahan dengan menggunakan
senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan sebahagian
putih telur tadi dan kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 10 inci.
*Jangan lenser loyang dengan mentega atau minyak.
6. Bakar selama 1 jam.
7. Bila masak telangkupkan loyang dan biar kek jatuh sendiri.
Bila sejuk baru dipotong......
Selamat mencuba......
dapurciknah.blogspot.com
Friday, 14 December 2012
Banana Cake Chocolate Rice
Assalamualaikum....
Dah lama tak buat kek pisang...Hari ini Cik Nah buat kek pisang
campur dengan chocolate rice lebihan daripada kek black forest
untuk pertunangan anak saudara Cik Nah baru-baru ni.
Cik Nak nak habiskan stok yang ada, lepas tu nak beli
yang baru...Nampak pulak badam hiris dalam balang Cik Nah pun
campurkanlah juga...hehehec...
Bila dah masak baunya aduh!!!....Nak rasa kesedapannya
cubalah resepi ni...pasti tak rugi punya...
Salam sayang daripada Cik Nah...
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung gandum (Cik Nah guna cap sauh)
5 biji pisang rastali (pisang apapun boleh)
3 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/2 cawan susu segar (susu segar UHT senang nak dapat)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat (biar kurang jangan lebih)
sedikit esen pisang atau vanila
secubit garam
4 sudu besar chocolate rice (maaflah dulu 2 sudu)
1/4 cawan badam hiris
CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
Ayak 2 atau 3 kali untuk mendapatkan hasil yang baik.
Panaskan oven 180 C. Lencer acuan loyang bulat atau
segiempat 8 inci dengan minyak (guna tisu semasa sapu)
2. Lecek pisang dengan garam hingga halus dan ketepikan.
3. Pukul telur dengan gula sampai betul-betul kembang. Bila
dah kembang masukkan pisang tadi bersama minyak dan
kacau rata.
4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan
menggunakan senduk kayu atau spatula secara kaup balik.
5. Masukkan pula esen pisang atau esen vanilla dan susu
segar. Kacau hingga rata.
6. Kemudian taburkan chocolate rice sedikit demi sedikit
sambil kacau supaya rata.
7. Masukkan ke dalam loyang bulat atau segiempat 8 inci.
Taburkan badam di atasnya dan bakar dalam oven 180 C
selama 1 jam...
8. Bila dah masak terbalikkan terus loyang kek tadi di atas
redai dan biar kek tadi sejuk (Supaya kek tak turun)
Bila dah sejuk baru boleh dipotong.....
dapurciknah.blogspot.com
.
cake
Monday, 10 December 2012
Kek Pisang Marbel
Assalamualaikum...
Minggu lepas pergi ke Kuala Lumpur menziarahi dua orang anak
teruna Cik Nah yang menuntut di UiTM Puncak Alam dan di UM.
Kami takjadi nak tidur di hotel sebab peperiksaan SPM belum
lagi selesai. Suami Cik Nah pula bertugas sebagai Ketua Pengawas
SPM. Jadi kami balik jugalah memandangkan perjalanan jauh
dari Kuala Lumpur ke Taiping....
Haaa...bila dah berjalan jauh tu badan pun sakit-sakitlah...
masakpun jadi campak-campak saja.
Bila dah beberapa hari berehat, barulah teringin nak buat itu ini...
Ada pula atas meja beberapa biji pisang rastali yang dibeli beberapa
hari lalu....Jadilah, sejuk-sejuk hujan begini makan apapun sedap.
Dapat idea nak buat kek pisang. Kek pisang ni Cik Nah olah
sikit supaya rasa dan rupanya berlainan sikit daripada yang biasa
kita makan.
Kalau nak cuba, cubalah ya. pasti tak mengecewakan.....
panas....baru keluar dari oven
BAHAN-BAHANNYA:
200 gm tepung naik sendiri (2 cawan)
3 biji telur gred A
150 gm pisang (Cik Nah guna pisang rastali 3 biji)
90 gm gula perang (hampir 1 cawan) nak manis boleh tambah
1/2 cawan minyak jagung @ minyak masak
2 sudu besar susu segar @ susu cair
secubit garam
sedikit esen pisang
sedikit serbuk koko
sedikit coklat rice (untuk hiasan)
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan oven 175 C kemudian lenserkan loyang pembakar
segi empat berukuran 8 inci. Tepung diayak dan ke tepikan.
2.. Di dalam satu bekas yang bersih dan kering, lecek pisang,
garam dan gula hingga hancur dan sebati. Kemudian putar
dengan mixer dengan kelajuan tinggi selama 2 minit.
3. Selepas itu masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan
maksimum selama 1 minit. Masukkan telur sebiji lagi dan putar
lagi 1 minit. Akhir sekali masukkan telur yang akhir dan putar
sehingga kembang dan pekat. (Agak-agak lah 6 hingga 7 minit)
4. Kemudian, masukkan tepung, minyak jagung, susu cair dan
beberapa titis esen pisang. Masukkan sedikit-sedikit secara
bergilir dan kaup balikkan dengan senduk kayu atau spatula.
Jangan angkat tinggi senduk kayu atau spatula kerana ini akan
membuang udara yang ada dalam adunan nanti kek kurang gebu
Jangan kacau terlalu lama, cukup sekadar sebati sahaja.
5. Asingkan 2 senduk adunan dan campurkan dengan serbuk
koko dan sebatikan.
6. Curahkan adunan yang selebihnya ke dalam loyang. Kemudian,
masukkan adunan coklat tadi dan lorekkan dengan garpu. Akhir
sekali taburkan coklat rice di atasnya.
7. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. (ikut kepanasan oven
masing-masing).
8. Bila masak cucuk di tengah kek dan pastikan tiada adunan yang
melekat. Biarkan kek sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari
loyang untuk disejukkan di atas redai. Bila sejuk barulah dipotong
dan dihidangkan.
Selamat mencuba.
dapurciknah.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

