Tuesday 8 January 2013

Banana Cake Almond Chocolate


Assalamualaikum.....

     Haaa...petang tadi Cik Nah buat kek pisang campur coklat, 
badam, dan chocolat rice.

     Makan masa panas-panas rangup rasa badam membuatkan
nak makan lagi.   Kalau buat kek pisang ni, Cik Nah suka
guna pisang rastali daripada pisang lain.

     Kali ni Cik Nah buat cara mudah untuk mengadunnya.
Sesuai bagi mereka yang bekerjaya.   

     Kepada yang suka cubalah cara Cik Nah ni...
     Selamat mencuba ya...

RESEPI BANANA CAKE ALMOND CHOCOLATE

BAHAN-BAHANNYA:
1 4/5 cawan tepung gandum ( tepung cap sauh)
1/5 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(ayak bersama semua bahan di atas 2 hingga 3 kali)
5 biji pisang rastali (sederhana besar)
4 biji telur gred B
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen pisang
1/2 sudu teh garam halus
sedikit badam cincang untuk hiasan
sedikit chocolate rice (jika suka)

CARA MEMBUATNYA:
1.   Lecek pisang, gula dan garam hingga halus. Kemudian
      panaskan oven 180 C atau ikut oven masing-masing.
      Lenserkan loyang 8 x 8 inci atau 4 x 8 inci (guna 2 bekas)
2.   Kemudian putar adunan pisang dengan kelajuan tinggi.
3.   Masukkan telur sebiji dan putar perlahan 1 minit.
      Masukkan telur sebiji lagi dan putar perlahan dan buat 
      sehingga habis.  Akhir sekali putar telur dengan kelajuan
      tinggi selama 7 hingga 8 minit.
4.   Kemudian masukkan esen pisang dan esen vanila, putar
      perlahan hingga rata.
5.   Masukkan pula minyak dan susu segar, putar lagi dengan
      kelajuan rendah.
6.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan 
      dengan spatula atau senduk kayu.  Buat sekadar sebati 
      sahaja.  Akhir sekali masukkan coklat rice dan kacau
      rata sahaja.
7.   Masukkan dalam loyang yang telah dilenserkan dan tabur
      badam cincang di atasnya.
8.   Bakar selama 1 jam atau hingga masak.

                                               dapurciknah.blogspot.com


     

No comments:

Post a Comment