Wednesday 9 January 2013

Kek Buah Campuran


Assalamualaikum semua.....
     

Dah lama tak buka blog Cik Nah ni...Awal tahun ni memang sibuk
sebab dah mula persekolahan sesi 2013..Sebagai seorang guru
Cik Nah kena siapkan tugas utama dulu.
     

     Cik Nah dah lama buat kek buah ni tapi tak sempat nak masukkan
dalam blog.   Kek ni Cik Nah cari dalam internet, tapi Cik Nah suka
ubahsuai sukatannya sesuai dengan orang dah berumur macam
Cik Nah ni tak boleh makan manis-manis sangat.
     

     Cubalah resepi ni kepada sesiapa yang tak suka manis-manis.
Kalau dah cuba pasti nak buat ;lagi.   Sedapppp...ni pada selera
Cik Nah laa.



RESEPI KEK BUAH CAMPURAN


BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A
2 cawan tepung gandum (cap sauh)
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung 2 hingga 3 kali)

Bahan B
250 gm buah campuran
3/4 cawan gula perang
1 cawan air
sedikit gula merah warna hitam (warna kek jadi cantik)
1/2 cawan minyak mazola

Bahan C
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
1.   Campur semua bahan B kecuali minyak ke dalam periuk dan
      masak sehingga tinggal sedikit air.  Kemudian, masukkan minyak
      mazola.  Masak lagi hingga hampir kering, kemudian sejukkan.
2.   Pukul telur hingga kembang dan masukkan esen vanila.
3.   Masukkan sedikit telur ke dalam campuran buah tadi dan kacau
      perlahan. Ulang lagi sehingga habis.
3.   Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit secara kaup
      balik dan jangan terlebih kacau sekadar rata sahaja.
4.   Masukkan ke dalam loyang 4 x 8 inci (2 loyang) atau 8 x 8 inci yang telah
      dilenserkan mentega.
5....Bakar dalam oven 180 C atau ikut oven masing-masing selama
      40 minit atau hingga masak.
      Selamat mencuba........
                                                        dapurciknah.blogspot.com


No comments:

Post a Comment