Tuesday, 18 December 2012

Ayam Cili Berempah




Assalamualakum....

     Hari ni Cik Nah masak ayam goreng cili berempah pula...
Masakan ni 'simple' saja nak buatnya...Anak-anak bujang pun
boleh buat.  Tapi rasanya memukau tambah pula makan dengan
nasi panas-panas. 

     Bila nak masak ayam jer, Cik Nah akan berfikir  banyak kali.
Kalau ayam ni dibuat gulai atau masak kari...emm.......gulai tu tak
habis...Anak-anak Cik Nah tak berapa suka makan masak gulai
atau masak kari ni...

     Tapi bila masak ayam goreng atau ayam masak simple-simple
macam ni...haaaa...pasti habis mereka makan.  

     Kalau anda nak mencuba cara Cik Nah masak untuk anak-
anak Cik Nah ni...silakanlah...Kalau rasa sedap buat lagi yer..

     Selamat mencuba.....


BAHAN-BAHANNYA:

1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
10 tangkai cili padi (tambah cili kalau nak pedas)
2 biji cili merah (kalau suka)
4 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih (ambil 3 ulas ketukkan untuk ditumis)
1 inci halia
2 sudu besar biji rempah
2 labu bawang besar (hiris)
1 batang saleri (hiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 helai daun kunyit (dihiris kasar)
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit kicap cair/masin
minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1.   Bersihkan ayam (buang kulitnya sekali).
2.   Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng dalam
      minyak yang banyak hingga separuh masak sahaja.  Angkat
     dan ke tepikan.
3.   Masukkan semua bahan KECUALI  bahan yang dihiris ke dalam
      pengisar dan kisar hingga halus.
4.   Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan 
      sedikit untuk menumis. (agak-agak 1/4 cawan minyak)
5.   Tumis bawang putih yang diketuk tadi hingga wangi.
6.   Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau.  Biarkan
      ia pekat sedikit dan naik bau kemudian masukkan ayam 
     dan kacau rata. 
7.   Masukkan pula bahan hirisan tadi dan kacau rata.  Biarkan
      seketika.  Masukkan kicap untuk menentukan rasanya.
8.   Bila dah betul-betul masak angkat dan boleh dihidangkan.

                                                      dapurciknah.blogspot.com


   

     

No comments:

Post a Comment