Friday 2 November 2012

Ikan Goreng Cicah Kicap






makan bersama nasi
panas dan ulam-
ulaman.

kepada yang
taksihat kalau takde
selera nak makan..
boleh terbuka
selera tu ...







BAHAN-BAHANNYA:

6  ekor ikan kembung ( ikut pilihan masing-masing)
1 sudu kecil garam halus (jangan lebihkan garam kerana ada kicap)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk rempah
1 sudu besar tepung gandum
6 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi
1 labu bawang besar
3 sudu besar kicap (pilihan masin @ lemak)

*jangan buang air basuhan beras kerana ianya baik untuk mencuci ikan.
*jangan basuh ikan dengan air asam kerana akan mengurangkan rasa ikan.

CARA MEMBUATNYA:

1.  Bersihkan ikan dan rendam dengan air beras selama 10 minit untuk membuangkan
     hanyir ikan. (boleh juga gunakan air tepung beras atau tepung gandum yang di
     bancuh dengan air).
2.  Setelah ikan dibersihkan, masukkan garam, kunyit dan rempah.  Gaulkan
     supaya rata.
3.  Kemudian taburkan tepung gandum tadi di atas ikan tadi.
4.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas,  sambil tutupkan kuali tersebut.
     Buka penutup kuali dan alihkan disebelah yang lain, tutup semula kuali.
5.  Bila dah masak angkat.
6.  Hiris cili padi dan buangkan bijinya.  Bawang dibelah dua dan dihiris.
7.  Campurkan hirisan cili, kicap dan bawang, kemudian perahkan asam limau
     kasturi tadi.  Tekan-tekan dengan sudu dan kacau rata.
8.  Bolehlah dihidangkan bersama ikan goreng tadi...

     Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment