Saturday, 24 November 2012

Nasi Lemak Lada Hitam



Cuti sekolah ni bolehlah masak nasi lemak...Cik Nah masak nasi
lemak mesti bubuh lada hitam dan sedikit halba..Suami Cik Nah 
dan anak2 suka sangat menggigit lada hitam tu...sedappp...


Lada hitam ni baik untuk jantung...
halba pulak boleh buangkan angin dalam badan...
Timun pulak boleh lebatkan rambut dan untuk mengurangkan stres...
Daun pudina tu memang kesukaan Cik Nah kerana ia akan 
menyegarkan bila kita makan...



BAHAN-BAHANNYA:

2 cawan beras 
2 cawan santan cair (kurangkan penggunaan santan)@ susu cair/
susu segar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil halba
1 inci halia (diketuk sedikit-maaf lupa nak taip)
secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:

1.  Bersihkan beras dan masukkan semua bahan dalam periuk. 
     Gaul semua supaya rata.
2.  Boleh gunakan rice cooker.
3.  Sekiranya ada rice cooker yang dah rosak boleh digunakan
     juga.   Caranya, letakkan periuk tu di atas dapur gas anda dan 
     gunakan api kecil sekali.  Biarkan sehingga masak, takperlu 
     dikaris seperti periuk biasa.  Hasilnya sama dengan rice cooker.
     Bila dah masak tutup api.......
4.  Boleh makan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang 
     goreng,  rendang kacang dll.


            Selamat mencuba resepi ni...

No comments:

Post a Comment