Assalamualaikum.....
Cik Nah buat kek chiffon lagi...tapi kali ini versi TESCO pulak...
Resepi ni rasa sedap sebab tak berminyak...lembut dan sangat gebu...
Kek chiffon memanglah kegemaran Cik Nah dan keluarga...
Kalau pergi ke TESCO mesti beli kek chiffon oren... Mana tahan
asyik beli jer...kali ni cuba pulak la versi TESCO ni masuk dapur
Cik Nah...Ni lah hasilnya...
RESEPI KEK CHIFFON OREN VERSI TESCO
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
5 biji kuning telur
75 gm gula kastor (Cik Nah guna 50 gm jer)
150 gm tepung naik sendiri
150 ml jus oren (Cik Nah guna sunquick 100 ml sahaja)
5 sudu teh minyak jagung
Bahan B
5 biji putih telur
1/2 sudu teh krim of tartar
75 gm gula kastor (Cik Nah guna 50 gm sahaja)
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan oven 150 C.
1. Campur semua bahan A dan kacau perlahan dengan sikat
kecil.(yang baru beli tau) sehingga sebati dan ketepikan.
2. Putar telur putih bersama dengan krim of tartar dengan cepat
kemudian masukkan gula dan terus putar lagi hingga adunan
menjadi pekat dan bertanduk.
3. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan kuning
telur telur dan kacau dengan sikat kecil tadi dengan perlahan.
4. Habiskan lebihan dan adunan tadi dan kacau lagi. Jangan
terlebih kacau.
5. Tuangkan ke dalam loyang chiffon dan terus bakar dalam
api 150 C selama 30 minit. Kemudian naik suhu ke 180 C
sehingga kekuningan.
6. Bila masak keluarkan dari oven dan terus terbalikkan
loyang dan biarkan kek jatuh dengan sendiri.
dapurciknah.blogspot.com
Dari Dapur Cik Nah
seikhlas kasih seorang ibu....
Monday, 11 February 2013
Saturday, 19 January 2013
Pau Ikan Tuna
Assalamualaikum....
Lamanya Cik Nah takbuka blog ni. Balik kerja terus buat kerja
rumah pulak. Bila malam letih sangat.
Hujung minggu baru boleh buka blog. Cik Nah buat kuih pau ikan
tuna subuh tadi untuk sarapan pagi. Anak-anak cuti pertengahan semester
jadi semua ada kat rumah. Rajinlah pulak geledah kat dapur nak masak.
Pau ikan tuna ni Cik Nah buat sebab ikan tuna dah ada kat rumah.
Nak buat inti yang berlainan pulak. Asyik-asyik inti kelapa dan kaya,
kelapa dan kaya.
Selamat mencuba ya sebab tak pedas....
RESEPI PAU IKAN TUNA
Resepi asal pau: Chef Hanieliza
Inti ikan tuna: Olahan Cik Nah sendiri
BAHAN-BAHAN UNTUK PAU:
500 gm tepung pau (kalau tepung gandum 300 gm)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula pasir (Cik Nah kisar jadikan halus)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan minyak masak (Cik Nah guna minyak jagung)
1 cawan air suam (ikut tepung)
CARA MEMBUATNYA:
1. Gaul rata semua bahan kecuali air suam.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut.
3. Uli sehingga licin dan tidak melekat pada tangan.
4. Tutupkan dengan kain basah atau penutup apa pun boleh asal
jangan terdedah. Biarkan doh naik dua kali ganda.
5. Kemudian tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin di dalamnya.
6. Bahagikan adunan kepada ketulan kecil sebesar bola pingpong.
7. Canaikan dan masukkan inti ke dalamnya dan tutupkan.
8. Lapikkan adunan dengan kertas atau daun pisang. Biarkan
adunan naik lagi baru dikukus selama 10 minit.
9. Buka tudung perlahan-lahan supaya wap tidak jatuh di atas
permukaan pau. Siap untuk dihidangkan.
BAHAN INTI IKAN TUNA:
1 tin ikan tuna Al Ahlam (buangkan minyaknya)
1 sudu makan mayonis
2 sudu makan cili sos
2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh origano
1/2 sudu teh basil
sedikit garam
1 cawan sayur campur
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
CARA MEMBUATNYA:
1. Lecek ikan tuna supaya hancur dan sebati.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
Siap digunakan untuk inti, tak perlu masak.
dapurciknah.blogspot.com
Friday, 11 January 2013
Sayur Pucuk Salang
Assalamualaikum....
Cik Nah mengenali pucuk salang setelah berkahwin. Sebelum tu
Cik Nah tak kenal bagaimana rupa pucuk salang...
Apa yang Cik Nah tahu dan lihat kebanyakan masakan pucuk
salang ni ialah masak lemak putih campur udang basah dan ubi keledek.
Tapi suami Cik Nah dan anak-anak Cik Nah kalau masak begitu
mereka kurang minat...Mereka lebih suka masak tumis air jer.
Jadi Cik Nah kenalah masak cara gitu. Bila makan mesti habis punya.
Inilah masakan cara Cik Nah masak...hehehehe...
SAYUR PUCUK SALANG
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
1 cekak pucuk salang (dibersih dan dihiris 2 cm)
1 labu bawang besar (dibelah 8)
Bahan B
1 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm halia (diketuk)
1 tangkai cili merah (dihiris)
4 tangkai cili padi (diketuk)
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan A kacau hingga rata. Masukkan
air dan biarkan mendidih. (Air biar banyak)
3. Masukkan garam secukupnya dan biarkan mendidih lagi
sehingga betul-betul lembut. sebelum dihidangkan.
dapurciknah.blogspot.com
Wednesday, 9 January 2013
Kek Buah Campuran
Assalamualaikum semua.....
Dah lama tak buka blog Cik Nah ni...Awal tahun ni memang sibuk
sebab dah mula persekolahan sesi 2013..Sebagai seorang guru
Cik Nah kena siapkan tugas utama dulu.
Cik Nah dah lama buat kek buah ni tapi tak sempat nak masukkan
dalam blog. Kek ni Cik Nah cari dalam internet, tapi Cik Nah suka
ubahsuai sukatannya sesuai dengan orang dah berumur macam
Cik Nah ni tak boleh makan manis-manis sangat.
Cubalah resepi ni kepada sesiapa yang tak suka manis-manis.
Kalau dah cuba pasti nak buat ;lagi. Sedapppp...ni pada selera
Cik Nah laa.
RESEPI KEK BUAH CAMPURAN
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
2 cawan tepung gandum (cap sauh)
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung 2 hingga 3 kali)
Bahan B
250 gm buah campuran
3/4 cawan gula perang
1 cawan air
sedikit gula merah warna hitam (warna kek jadi cantik)
1/2 cawan minyak mazola
Bahan C
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA:
1. Campur semua bahan B kecuali minyak ke dalam periuk dan
masak sehingga tinggal sedikit air. Kemudian, masukkan minyak
mazola. Masak lagi hingga hampir kering, kemudian sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan esen vanila.
3. Masukkan sedikit telur ke dalam campuran buah tadi dan kacau
perlahan. Ulang lagi sehingga habis.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit secara kaup
balik dan jangan terlebih kacau sekadar rata sahaja.
4. Masukkan ke dalam loyang 4 x 8 inci (2 loyang) atau 8 x 8 inci yang telah
dilenserkan mentega.
5....Bakar dalam oven 180 C atau ikut oven masing-masing selama
40 minit atau hingga masak.
Selamat mencuba........
dapurciknah.blogspot.com
Tuesday, 8 January 2013
Banana Cake Almond Chocolate
Assalamualaikum.....
Haaa...petang tadi Cik Nah buat kek pisang campur coklat,
badam, dan chocolat rice.
Makan masa panas-panas rangup rasa badam membuatkan
nak makan lagi. Kalau buat kek pisang ni, Cik Nah suka
guna pisang rastali daripada pisang lain.
Kali ni Cik Nah buat cara mudah untuk mengadunnya.
Sesuai bagi mereka yang bekerjaya.
Kepada yang suka cubalah cara Cik Nah ni...
Selamat mencuba ya...
RESEPI BANANA CAKE ALMOND CHOCOLATE
BAHAN-BAHANNYA:
1 4/5 cawan tepung gandum ( tepung cap sauh)
1/5 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(ayak bersama semua bahan di atas 2 hingga 3 kali)
5 biji pisang rastali (sederhana besar)
4 biji telur gred B
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen pisang
1/2 sudu teh garam halus
sedikit badam cincang untuk hiasan
sedikit chocolate rice (jika suka)
CARA MEMBUATNYA:
1. Lecek pisang, gula dan garam hingga halus. Kemudian
panaskan oven 180 C atau ikut oven masing-masing.
Lenserkan loyang 8 x 8 inci atau 4 x 8 inci (guna 2 bekas)
2. Kemudian putar adunan pisang dengan kelajuan tinggi.
3. Masukkan telur sebiji dan putar perlahan 1 minit.
Masukkan telur sebiji lagi dan putar perlahan dan buat
sehingga habis. Akhir sekali putar telur dengan kelajuan
tinggi selama 7 hingga 8 minit.
4. Kemudian masukkan esen pisang dan esen vanila, putar
perlahan hingga rata.
5. Masukkan pula minyak dan susu segar, putar lagi dengan
kelajuan rendah.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan
dengan spatula atau senduk kayu. Buat sekadar sebati
sahaja. Akhir sekali masukkan coklat rice dan kacau
rata sahaja.
7. Masukkan dalam loyang yang telah dilenserkan dan tabur
badam cincang di atasnya.
8. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
dapurciknah.blogspot.com
Sunday, 30 December 2012
Roti Sosej
Assalamualakum....
Cuti-cuti ni asyik lapar jer...nak ke kedai malas plak...
Perut ni tetap nak minta makan...Apa nak buat ni?
Terpaksalah jengah kat dapur tu apa yang ada...
Ada lagi lebih rupanya tepung roti ni...hehehe...buat roti jer la...
Tapi nak buat roti apa?????
Buka peti ais...haaaaa...ada sosej lagi... Buat roti sesej
pulak lah...Beginilah orang perempuan, semuanya kena fikir.
Nak menguli roti ni kena tenaga jugak. Badan ni tak
berapa bersemangat tapi anak-anak semua ada balik bercuti..
Kuatkan juga semangat tu untuk menguli roti...
Inilah hasilnya...Dah beberapa hari, baru saya masukkan
dalam blog resepi roti sosej ni...nak kongsi bersama dengan anda
semua...
Roti Sesej
BAHAN-BAHANNYA:
BAHAN A
500 gm tepung roti (tepung berprotin tinggi)
1 peket yis mauripan
2 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam (mumbung)
250 ml air suam
1 biji telur gred B
1 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh pelembut roti
BAHAN B UNTUK HIASAN:
1 cawan serbuk roti (bread crumb)
1 biji telur gred B
12 batang sosej
cili sos dan mayonis (jika suka)
CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan tepung bersama yis, bread improver, pelembut
roti, susu tepung dan gaul rata. Masukkan telur yang telah
dipukul ditengah adunan tepung gaulkan.
2. Campurkan semua bahan A yang lain dan larutkan.
3. Masukkan larutan tadi dan gaul tepung supaya menjadi doh
yang lembutdan licin.
4. Tutup doh dengan kain lembab selama 40 minit hingga 1 jam.
Bila dah naik tumbuk doh buangkan anginnya.
5. Agihkan doh kepada 12 bahagian dan canai. Kemudian
letakkan sosej di atasnya dan gulung. Ulang hingga habis.
Biarkan adunan selama 40 minit.
6. Pukul telur dan gliskan di atas adunan yang telah naik.
Kemudian golekkan adunan di atas serbuk roti.
7. Letakkan di atas loyang yang di lenserkan marjerin.
8. Bakar dalam oven 180 C selama 20 minit -hingga masak.
dapurciknah.blogspot.com
Cuti-cuti ni asyik lapar jer...nak ke kedai malas plak...
Perut ni tetap nak minta makan...Apa nak buat ni?
Terpaksalah jengah kat dapur tu apa yang ada...
Ada lagi lebih rupanya tepung roti ni...hehehe...buat roti jer la...
Tapi nak buat roti apa?????
Buka peti ais...haaaaa...ada sosej lagi... Buat roti sesej
pulak lah...Beginilah orang perempuan, semuanya kena fikir.
Nak menguli roti ni kena tenaga jugak. Badan ni tak
berapa bersemangat tapi anak-anak semua ada balik bercuti..
Kuatkan juga semangat tu untuk menguli roti...
Inilah hasilnya...Dah beberapa hari, baru saya masukkan
dalam blog resepi roti sosej ni...nak kongsi bersama dengan anda
semua...
Roti Sesej
BAHAN-BAHANNYA:
BAHAN A
500 gm tepung roti (tepung berprotin tinggi)
1 peket yis mauripan
2 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam (mumbung)
250 ml air suam
1 biji telur gred B
1 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh pelembut roti
BAHAN B UNTUK HIASAN:
1 cawan serbuk roti (bread crumb)
1 biji telur gred B
12 batang sosej
cili sos dan mayonis (jika suka)
CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan tepung bersama yis, bread improver, pelembut
roti, susu tepung dan gaul rata. Masukkan telur yang telah
dipukul ditengah adunan tepung gaulkan.
2. Campurkan semua bahan A yang lain dan larutkan.
3. Masukkan larutan tadi dan gaul tepung supaya menjadi doh
yang lembutdan licin.
4. Tutup doh dengan kain lembab selama 40 minit hingga 1 jam.
Bila dah naik tumbuk doh buangkan anginnya.
5. Agihkan doh kepada 12 bahagian dan canai. Kemudian
letakkan sosej di atasnya dan gulung. Ulang hingga habis.
Biarkan adunan selama 40 minit.
6. Pukul telur dan gliskan di atas adunan yang telah naik.
Kemudian golekkan adunan di atas serbuk roti.
7. Letakkan di atas loyang yang di lenserkan marjerin.
8. Bakar dalam oven 180 C selama 20 minit -hingga masak.
dapurciknah.blogspot.com
Thursday, 20 December 2012
Kek Chiffon Oren
Assalamualaikum,,,,,
Kali ni Cik Nah nak beri resepi kek chiffon oren yang menjdi
kegemaran Cik Nah dan keluarga ni...Dah lama Cik Nah nak
masukkan resepi ni dalam blog ni tapi takde gambar....
Haaa....baru-baru ni Cik Nah buat kek chiffon oren, terus jer
snap gambar....tapi lambat sikit nak masukkan dalam blog sebab
banyak kerja nak dibuat.....
Kepada sesiapa yang suka makan kek chiffon oren, cubalah
resepi kek chiffon oren ni...tak susah nak buatnya...yang penting
pemilihan bahan yang segar dan teknik yang betul pasti menjadi
kek tu...
***Nanti Cik Nah akan masukkan tips untuk mendapatkan
hasil kek yang memuaskan dalam blog ni....tunggulah yer....
KEK CHIFFON OREN
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum (Cik Nah guna cap sauh)
1/8 camca teh garam halus (diayak dengan tepung)
1 camca teh baking powder (diayak dengan tepung)
6 biji kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren (2 biji oren @nak kurang pun boleh)
1/4 cawan minyak jagung
sedikit pewarna oren (jika suka)
1 sudu besar oren sunquick (jika suka)
Bahan B
6 biji putih telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan oven 180 C.
2. Dalam satu bekas pukul kuning telur dan gula sampai larut.
Kemudian, masukkan semua bahan A dan kacau hingga
sebati. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur
hingga berbuih, kemudian masukkan gula dan cream of
tartar. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan kental.
4. Ambil setengah bahagian putih telur dan gaulkan dengan
adunan kuning telur tadi. Gaul perlahan dengan menggunakan
senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan sebahagian
putih telur tadi dan kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 10 inci.
*Jangan lenser loyang dengan mentega atau minyak.
6. Bakar selama 1 jam.
7. Bila masak telangkupkan loyang dan biar kek jatuh sendiri.
Bila sejuk baru dipotong......
Selamat mencuba......
dapurciknah.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)